SEPANG: Seramai 13 orang pendaki akan menggalas cabaran mengibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya, Nepal bermula hari ini sehingga 13 Mac 2024.
Lima pendaki akan menawan puncak Gunung Island Peak setinggi 6,160 meter atau 20,210 kaki dari aras laut manakala lapan pendaki lagi melengkapkan misi ke Everest Base Camp (EBC) setinggi 5,364 meter atau 17,598 kaki daripada aras laut.
Program pendakian amal anjuran Summit Attack Resources (SAR) dengan kerjasama Kelab Kembara Kosmopolitan itu merupakan cetusan idea selebriti, Azhan Rani.
Objektif utama pendakian ini adalah untuk mengutip dana bagi membantu sebuah rumah kebajikan, Persatuan Kebajikan AHSANA Kuala Lumpur di Puchong yang menempatkan orang kelainan upaya (OKU) dan penghidap autism.
Selain Azhan, pendakian ke Island Peak akan diketuai pendaki berpengalaman dan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa serta pendaki tunggal wanita, Zarina Abd Rahman.
Pendakian ke Island Peak selama 18 hari itu dijangka sangat mencabar kerana ia merupakan pendakian teknikal di gunung bersalji.
“Kekuatan fizikal terutamanya sihat tubuh badan dan pengalaman diperlukan untuk mendaki gunung setinggi ini.
“Begitu juga dengan kelengkapan serta peralatan khas diperlukan bagi memastikan pendaki sampai ke puncak dan turun dengan selamat,” kata Mohd Fakhrul Munir.
Selain lokasi pendakian yang jauh dan kos yang tinggi, antara cabaran lain yang akan ditempuh dalam misi ini ialah suhu yang rendah sehingga mencecah 25 darjah Celsius di bawah paras beku.
Situasi itu mendedahkan pendaki kepada masalah kekurangan oksigen yang disebabkan oleh faktor ketinggian, sekali gus berdepan risiko mengalami Akut Gunung atau Acute Mountain Sickness (AMS) dan masalah cuaca seperti ribut salji.
Bagaimanapun, pendaki dijangka mampu berdepan situasi sukar ini kerana mereka berpengalaman dan pernah mendaki sehingga ketinggian lebih 6,000 meter selain Gunung Kalapatthar dan EBC.
Majlis flag off yang diadakan di Ruang Legar Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini cukup bermakna kerana dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamad.
Nor Hisham juga merupakan seorang pendaki berpengalaman di dalam dan luar negara. Beliau hadir untuk menyerahkan bendera JBPM kepada Mohd Fakhrul Munir yang akan melakukan latihan di Island Peak untuk ke Gunung Everest dan Gunung K2 di Nepal tidak lama lagi.
Kehadiran Nor Hisham dijangka mampu menyuntik semangat pendaki-pendaki untuk merealisasikan misi Pendakian Amal SAR Ahsana Ke Island Peak & Everest Base Camp Bersama Azhan Rani 2024.
Penghargaan juga diberikan kepada barisan penaja yang turut sama dalam misi ini seperti UFL, Spin Malaysia, Marathon Bakers, Kak Lang D’Rimba, Kak Oya, Karat England Cafe, Brahims, Hillock Hulu Tamu, Pejabat Kedutaan Malaysia di Nepal dan rakan-rakan Media.
Astro Awani
Sun Feb 25 2024
Program pendakian amal anjuran Summit Attack Resources (SAR) dengan kerjasama Kelab Kembara Kosmopolitan ini merupakan cetusan idea selebriti, Azhan Rani. - Kelab Kembara Kosmopolitan
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
13 pendaki mula cabaran kibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya
Seramai 13 orang pendaki akan menggalas cabaran mengibar Jalur Gemilang di Banjaran Himalaya, Nepal bermula hari ini sehingga 13 Mac 2024.
Rakyat sedih lepaskan Al-Sultan Abdullah, teruja nantikan ketibaan Agong baharu
Muhammad Reezuan Wahid sanggup meredah kedinginan pagi dari Melaka ke Jalan Parlimen, semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasangan diraja itu.
Malaysia tekad kibar Jalur Gemilang di Kejohanan Dunia Pelayaran
Pasukan SSL Malaysia akan beraksi di Pusingan Akhir Piala Emas Star Sailors League (SSL) di Gran Canaria, Sepanyol, November ini.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Jalur Gemilang gergasi di puncak Menara KL
Jalur Gemilang gergasi berukuran 57 kaki lebar dan 114 kaki panjang pada antenanya dikibarkan pada ketinggian 383 meter dari aras tanah.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' meriahkan sambutan Hari Malaysia
Persembahan teater muzikal 'Segulai Sejalai' merupakan antara pengisian sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 September 2023.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Rakyat zahir semangat patriotisme, cintakan negara pada sambutan Hari Kebangsaan 2023
Memecah keheningan seawal 1 pagi, lautan manusia membanjiri setiap sudut di sekitar Dataran Putrajaya, lokasi utama sambutan kali ini.
12 tahun Tazar abadikan rasa cinta negara, hias kereta, laman dengan Jalur Gemilang
Tazar berkata, minatnya menghias kereta dengan lebih 100 bendera Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka bermula sejak dia berusia 30-an.